air mata ini berguguran tika membaca coretan adek'ah saat pemergian ayah tersayang, lantas diri ini terpanggil untuk menceritakan kisah yang sama,namun berlainan versi. 1989 adalah tahun penentu buat diri ini untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan, tambah2 lagi ayah selalu menasihatkanku agar belajar rajin2...kak anak sulung pompuan, tunjukkan teladan untuk adik2, masuk universiti!
ayah dimasukkan ke hospital secara paksa, kerana kalau diikutkannya...memang tak nak!
hampir seminggu ayah di hospital, kami ulang alik pegi sana...semua adik beradik gilir2 jaga ayah, melainkan abang su sorang, coz pd masa tu die bekerja kat singapura...dan memang ayah menantikan 'pouch' yg abang su doh siap beli kat sana utk kemudahan ayah berjaja ikan nanti...
ayah dibenarkan balik...gembiranya bukan kepalang,sementelah aku yg bakal menduduki peperiksaan stpm! hilang sedikit resah gelisah di hati ini kerana pada sangkaanku ayah telah sembuh!
di rumah, ayah dikunjungi sahabat handai, rakan taulan, dan sedara mara yg tidak sempat ke hospital dulu...aku senyum, apatah melihat ayah yg ceria melayan tamu...tapi 2, 3 hari je...selepas itu, ayah kembali sakit,tapi tetap tak nak kembali ke hospital...sememangnya mek tak cakap yg pihak hospital suruh bawa ayah balik, kanser yang bersarang dihati ayah sudah kronik!
masih ku ingat, petang khamis itu, aku baru pulang dari sekolah (jam 3pm br sampai rumah setiap hari),dan sedang menyidai kain di ampaian,mek memanggilku...doh la sidai kain tu kak, mari naik tengok ayah ni! terus aku tinggalkan kain yg masih berbaki di dalam baldi..
naik jer atas rumah, ku lihat abe ha sedang menolong ayah berwuduk utk solat asar..ayah solat sambil baring,bersandarkan tiang seri rumah...
kami adik beradik tidak leka...membaca surah yasin utk ayah,agar cepat sembuh...tetapi ternyata masa ayah sudah sampai untuk dijemput menghadapNya...saat aku bacakan surah yasin buat kali kedua, ayah 'pergi' dengan tenang...tersenyum...dikelilingi anak2mu...dan sudah semestinya isterimu yang tetap setia, mek...
malam itu, sesudah berbuka puasa, kami uruskan jenazah ayah...terpaksa disolatkan 2 kali kerana terlalu ramai yg ingin menyembahyangkanmu ayah...buat kali terakhir...abe su dr singapura sempat juga menatap wajah ayah..
dan aku ...3 minggu lagi untukku membuat persediaan menghadapi peperiksaan...camne ni?
perasaan sedih masih menyelubungiku...tetap kugagahi!!
akhirnya...kejayaan 5 prinsipal membolehkanku memasuki UM...impian ayah!!
-