Saturday, November 27, 2010

Graduation Kakak 131110

Alhamdulillah kerana akhirnya kakak berjaya menghabiskan sesi pengajian selama 2 tahun di Tadika Al-Husna, seperti mana kak long dan abangnya...keluarnya kakak dari pusat prasekolah ini dengan cemerlang...berjaya mendapat tempat pertama dalam kelasnya, berjaya mentarbiah diri dengan solat yang sempurna...dan semoga kakak dapat menggunakan segala ilmu yang diperoleh dengan sebaik mungkin...amin

Saturday, November 20, 2010

Kimi Engagement

Tarikh: 20.11.2010
Lokasi: Dungun

12.11.2010

Appoinment...
...Aqem ada appmnt kat KMC...follow up berkaitan kesihatannya...so, pagi2 lagi kami dah bertolak dari Paka menuju ke Kuantan...sampai sana awal lagi...bfas kat Tg.Api...tiba di KMC jam 9.00 pagi...alhamdulillah coz doktor menyatakan kesihatan Aqem baik dan tiada apa2 penyakit...

Sambut anniversary...
...oleh kerana kami tak sempat sambut kemarin, maka abah membawa kami ke EC Mall...makan2, jalan2...tu pun selepas abah n Aqem solat Jumaat di Masjid Negeri...mama n kak long solat kat EC Mall jer...jalan punya jalan, dapat jugak la 'hadiah' anniversary...2 buah handbag sekaligus!!! Terima kasih abah! lain kali bagi 3 pulok yer!!! heheh...Untuk abah pon ada...baju dan seluar Jeep!
...anak2, minta aje nak makan ape, kami tunaikan...

11.11.10

Tarikh keramat itu,
...kami diijabkabulkan pada tahun 1995...15 tahun sudah berlalu...alhamdulillah, syukur kami kepadamu Ya Rabbi kerana sepanjang 'perjalanan' tersebut, liku dan ranjau berjaya kami tempuhi dengan tabah...tanpa ada sebarang persengketaan antara kami...

Kini,2010
...Tarikh itu kami sambut lagi ... kali ini dengan beberapa cerita
Pertamanya,
...Keputusan peperiksaan UPSR diumumkan...alangkah berdebarnya hati ini...walau bagaimanapun, mama mungkin kurang 'teringat' disebabkan kerja yang masih menimbun kat sekolah...handset sentiasa berbunyi, dari adik2 yang bertanyakan result kak long...bukan tak nak pegi cepat ke sekolah kak long, tapi mama terpaksa menghabiskan dulu sisa2 kerja ini...akhirnya mama stat enjin kete jam 11.15 pagi dan terus ke sekolah kak long...sampai sana, cari kak long tapi tak nampak pun muka...
...tiba2 cikgu kelas kak long, Pn.Wan Sajura, menghulurkan slip peperiksaan kepada mama...mama bukak lipatan slip...debaran di hati bertambah kencang...alhamdulillah, mama terima keputusan tersebut dengan hati yang lapang...kak long cuma dapat 3A2B!
...Sementara itu, kak long tiba2 menyerbu sambil memeluk kuat mama, dengan tangisan sekali...mama yang dari tadi cuba untuk tidak menangis akhirnya 'kalah' lalu airmata ini gugur dengan sendirinya...bukan kerana mama kecewa tetapi kerana nengokkan kak long yang menangis...sian ke kak long...mama pujuk kak long..."along, mama sudah cukup bangga dengan keputusan ini, walaupun kak long tak dapat 5A tapi bagi mama, ini sudah memadai kerana kak long telah berusaha dengan bersungguh2!!!..."
..."banyak lagi tangga yang kak long terpaksa langkah, PMR, SPM atau mungkin juga STPM...insyaallah kak long akan berjaya nanti", pujuk mama...

Citer keduanya,
...hari ini juga pihak MGK sekolah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun...di Restoran Penyu...bermula jam 2.00 hingga 5.00 ptg...majlis agak meriah dengan beberapa acara...dapat jugak la kain sepasang, ditambah dengan cabutan bertuah (dapat le set gelas dan mangkuk tingkat)...ok ler tuh!!

Citer seterusnya,
...hari ni juga pelajar2 form n form 6 buat jamuan akhir tahun...mama dapat 8 jemputan...tapi disebabkan banyak kerja yang perlu dibereskan pada hari ini, mama cuma sempat menghadiri satu jamuan sahaja, iaitu di kelas 5C...jamuan form 6 pon x sempat nak hadir,..minta maaf ye anak2 'sulung' mama...

Dan kerana sebab2 itulah,
...mama terpaksa menyambut hari ulangtahun perkahwinan hanya pada malam itu...di Kerteh Seafood...sori la ye abah n anak2...lain kali kita pergi tempat lain untuk ganti...

Itulah die citer mama pada sepanjang hari bertarikh 11.11 bagi tahun 2010...semoga tarikh tersebut akan lebih baik lagi untuk tahun hadapan...insyaallah

Saturday, November 6, 2010

Jerih tau!!!

Citer ini belaku masa mama menjalani praktikal sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Klang, iaitu SMK (P) Bukit Kuda Klang...mama dah kahwin masa ni tetapi mama n abah terpaksa hidup berasingan coz abah keje kat Subang,..so, mama ngan sorang kawan  (Ainon) menyewa bilik di sebuah rumah kampung berdekatan sekolah. Tuan punya rumah ni, mak cik tu sudah kematian suami tetapi mempunyai sorang anak perempuan remaja...lost contact terus ngan mak cik tu!
So, setiap minggu, abah akan ambik mama untuk balik ke Kg. Subang (Taman Subang Perdana- kami sewa bilik ngan kawan abah, Zahir) dan menghantar balik pada malam Ahad...begitulah yang berlaku setiap minggu sehingga mama habis praktikal selama 3 bulan di Klang...
Suatu malam, semasa abah hantar mama, tetiba tayar motor RXZ bocor...masa tu, kami kat Highway...maka dengan selambanyer la kami terpaksa menolak moto tersebut ke suatu tempat rehat yang selamat...jauh jugak la perjalanan, tengah malam pulok tuh!...sehingga la tiba ke stesen minyak, kami pon menelefon kawan abah, Abe Mae n Abe Ha...nasib baik la ada kawan...
Penat, malu, sedih...semua perasaan itu bermain di kotak fikiran mama...tapi apapun, kenangan itulah yang mengingatkan mama betapa hidup ini memerlukan cabaran, kalau tidak, tidak dinamakan hidup!!!

Tuesday, November 2, 2010

No need touch up!!!

he he he...just use D90

Masih Ku Ingat...

Tika itu,
setiap hari kaki ini terpaksa memijak 'stating' basikal jam 6.15 pagi, di kala manusia lain sedang nyenyak tidur, mungkin...terpaksa juga kugagahi seorang diri menuju ke destinasi, iaitu sejauh 3 batu (3 buah kampung terpaksa dilalui) ke Kg.Gua, sebelum menaiki bas Pok Kar untuk ke SMK Kota yang terletak 17 batu dari situ...
Tika menaiki basikal itulah, fikiran ini tidak pernah mengingat perkara lain, iaitu bermula dengan Bismillah...sehingga sampai ke destinasi, habis segala ayat-ayat lazim menjadi nyanyian hatiku...takut!!!
Sebenarnya banyak perkara yang ditakuti, bukan saja takutkan hantu (ade ker???-tak pernah bertemu pun) sebab terpaksa melalui kawasan perkuburan (Kubur Tok Jebak) tetapi apa yang paling menakutkan ialah sekiranya ada manusia2 yang bisa ditemukan sekarang ini...perogol, penyamun,penjahat dan segala macam perangai manusia!!!
Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun dengan rutin yang sama, mama tidak pernah 'bertemu' dengan perkara yang sedemikian rupa. Kalau tidak, rasanya mama mungkin akan serik dan lebih teruk mama mungkin akan minta untuk berhenti sekolah kot!!
Ada la satu pagi tu, seperti biasa mama turun dari rumah...gatih punya gatih, lepas je kawasan perkuburan, mama ternampak satu lembaga putih (setinggi pinggang) nun di hadapan...apalagi, jantung mama terus berdegup kencang... tetapi kayuhan masih lagi diteruskan.. sehinggalah sampai dekat lembaga tersebut, mama tak tau nak cerita macam mana kerana lembaga tersebut memalingkan wajahnya...haaaaa!!! muka yang putih!!! terkejut bukan main!!!....apalagi, mama terus gatih sehabis laju............................
Balik jer dari sekolah, mama ceritakan kejadian tersebut pada mek...mek kata "takkan Kak dok kenal mok cik tu, die bokok sabut, dan mukanya putih (penyakit balar)...baru balik dari solat subuh kat surau berdekatan la tu!!"....eeeemmmmmmmmmmmmm

Kenali anak - anak kesayangan

Buah hati kesayangan bonda.
Nuryn Wardyna, Haqeem Najhan dan Nuryn Mastura

Nuryn wardyna

Aku bangun seperti biasa untuk bersahur apabila dikejutkan oleh emak. Dengan perut yang memboyot, aku pergi ke bilik air untuk memberus gigi dan membasuh muka. Suamiku pula tiada di rumah kerana masih menjalankan tugasnya di KLIA. Aku pula pulang lebih awal ke kampung untuk bersalin tambahan pula cuti sekolah. Selepas itu aku makan sahur bersama emak, adik-adikku, I’ah dan adik Ama serta Kak Nah dan suaminya. Perut ini rasa kurang berselera untuk menjamah hidangan pada pagi yang dingin itu.

Sementara menantikan waktu subuh, aku membaca al-quran lalu menunaikan solat setelah selesai azan yang berkumandang. Aku bermohon agar Allah memanjangkan umur kami semua selain berdoa agar kandunganku sihat dan selamat dilahirkan, apatah lagi ini merupakan bakal zuriatku yang pertama setelah menunggu lebih kurang 3 tahun.

Aku menyambung tidur kerana perut ini terasa kurang selesa. Sekejap-sekejap aku bangun untuk kencing. Emak yang melihat perubahanku menanyakan adakah masaku untuk bersalin sudah tiba tetapi aku menidakkannya kerana ‘due date’ aku masih tinggal lagi 2 minggu.Emak terdiam dan meneruskan kerjanya.

Lebih kurang jam 9 pagi, perut aku terasa sedikit memulas. Sekali lagi aku ke bilik air untuk melepaskan hajat tetapi tidak berhasil. Keadaanku itu menyebabkan emak semakin bimbang dan menyuruhku pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Aku tidak membantah kerana kebetulan suami Kak Nah juga ingin pergi ke HKB untuk membuat pemeriksaan kakinya. Setelah berkemas, kami bertolak ke KB menaiki kereta Kak Nah.

Sesampainya di HKB, aku mendaftar diri di Pusat Bersalin. Aku dikejutkan dengan satu berita yang menyatakan aku terkena darah tinggi. Aku seakan tidak percaya kerana baru tiga hari lepas, aku menjalani pemeriksaan kandungan di Klinik Salor, dimana darahku masih lagi stabil. ‘Nurse’ yang merawatku mengesahkannya lalu menyuruhku berbaring di atas katil untuk diperiksa oleh doktor bertugas. Setelah diperiksa, Doktor Syed cuba menyuntik jarum ke lenganku untuk memudahkan urusan memasukkan air, namun tidak berjaya. Akhirnya beliau menyuruhku berehat di dalam wad sementara menunggu saat bersalin sampai.

Di dalam wad, aku ditemani ibu tersayang. Aku merasa sedikit gementar apabila melihat pelbagai ragam wanita yang hampir bersalin. Ada yang terpaksa berjalan ke sana sini untuk menghilangkan kesakitan, tidak kurang pula yang berkerut-kerut kening menahan kesakitan sementara menunggu dimasukkan ke wad bersalin.Aku pula bersembang dengan ibu kerana diri ini masih tidak merasa apa-apa kesakitan. Ibu pula menyuruhku meminum air bunga kembang semangkuk untuk menudahkan proses bersalin nanti.

Besoknya, aku dikejutkan oleh ibu untuk bersahur kerana menurutnya aku masih wajib berpuasa kerana belum masanya untuk bersalin. Tepat jam 7.00 pagi, ‘nurse’ memanggilku untuk memeriksa kandunganku. Setelah diperiksa, doktor menyarankan supaya aku di ‘induce’ untuk menyelamatkan kandungan yang mungkin berisiko nanti. Dengan hati yang tenang, aku menerima cadangan tersebut walaupun ibu merasa berat hati dengan keputusanku itu kerana menurutnya, suamiku belum sampai dari KL kerana baru berlepas dari ‘airport’ Subang. Lagipun, setahunya, cara tersebut amat menyakitkan.

Tepat jam 7.30 pagi, aku dimasukkan ke wad bersalin. Selama dua jam di dalam wad itu, aku terkebil-kebil seorang diri kerana perutku masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan.Apa yang aku dengar hanyalah jeritan demi jeritan wanita-wanita yang ingin melahirkan.Ini membuatkan jantungku berdegup semakin kencang mungkinkah nasibku sama seperti mereka. Tiba-tiba seorang doktor datang lalu memecahkan ketubanku serta mengurut-ngurut untuk mengeluarkan air dari dalam perutku. Saat itu aku merasakan bahawa masaku untuk bersalin telah tiba. Dengan tidak semena-mena perutku terasa begitu sakit. Aku ingat itulah masanya untuk aku melahirkan tetapi tidak semudah yang disangka. Kesakitan menyebabkan aku diberi suntikan untuk mengurangkannya kerana menurut ‘nurse’, “jalan” masih belum terbuka dan aku mungkin akan bersalin malam nanti. Ya Allah, aku terkejut dengan kenyataan tersebut kerana perutku memulas-mulas tanpa henti.

Jam di dinding bergerak tanpa henti. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Beberapa kali ‘nurse’ datang melihat keadaanku tetapi mereka mengatakan masa untukku bersalin masih belum tiba. Aku terus berdoa serta membaca ayat-ayat yang biasa aku baca sepanjang proses kehamilan bagi memudahkan kelahiran nanti. Azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Semua ‘nurse’ yang bertugas pergi ke bilik makan untuk berbuka puasa. Aku berasa ingin membuang air besar lalu pergi ke tandas, walaupun sebelum itu, para pesakit sudah diingatkan agar tidak pergi ke tandas seorang diri. Setelah beredar dari tandas, darah keluar dengan banyaknya. Dengan susah payah,aku segera naik ke atas katil lalu memanggil ‘nurse’ yang kebetulan melalui tempat tersebut. Aku berjaya melahirkan cahaya mataku yang pertama, tepat jam 7.30 malam pada 25 Disember 1998, iaitu 12 hari awal daripada tarikh sebenar jangkaan. Hati ini terasa sangat gembira dengan kedatangan “orang baru” bersempena sambutan Hari X’mas itu. ‘Nurse’ segera mengangkat bayi lalu mengunjukkannya kepadaku sambil bertanyakan jantina anakku. Aku tersenyum lalu mengatakan ‘perempuan’.

Aku ditolak semula ke wad pada jam 11.30 malam. Suami dan kaum keluargaku sangat bimbang kerana terlalu lama aku berada di dalam wad bersalin, kalau-kalau sesuatu yang tidak baik berlaku… Kemunculanku bersama bayi baru seberat 2.75kg membuahkan senyuman di muka suamiku, ibu, abang dan adik-adikku yang telah lama menunggu di luar wad tersebut.

Akhirnya, kisah kelahiran NURYN WARDYNA BT. HALIM ANUAR berjaya aku coretkan di sini untuk ingatan ZURIATKU semua. ALHAMDULILLAH,AMIN.

Haqeem Najhan

Anak Kedua
Aku bangun seperti biasa untuk bersahur apabila dikejutkan oleh emak. Dengan perut yang memboyot, aku pergi ke bilik air untuk memberus gigi dan membasuh muka. Suamiku pula tiada di rumah kerana masih menjalankan tugasnya di Kerteh Airport. Aku pula pulang lebih awal ke kampung untuk bersalin tambahan pula cuti sekolah. Selepas itu aku makan sahur bersama emak, adik-adikku, serta Kak Nah dan suaminya. Perut ini rasa kurang berselera untuk menjamah hidangan pada pagi yang dingin itu. Sementara menantikan waktu subuh, aku membaca al-quran lalu menunaikan solat setelah selesai azan yang berkumandang. Aku bermohon agar Allah memanjangkan umur kami semua selain berdoa agar kandunganku sihat dan selamat dilahirkan nanti. Aku juga bermohon agar bakal anakku nanti lelaki kerana Kak Longnya terlalu inginkan ‘baby boy’. Selesai menjalankan tanggungjawab terhadapNya, aku cuba untuk tidur semula tetapi perutku terasa kurang selesa. Aku pergi ke tandas untuk ‘melepaskan hajat’ tetapi Cuma buang air kecil sahaja. Setengah jam kemudian, aku sekali lagi pergi ke tandas lalu ditegur ibu yang kebetulan sedang membersihkan bilik mandi. Aku mengatakan bahawa perutku terasa memulas dan tidak mungkin bersalin lagi kerana tarikh jangkaan masih lagi 10 hari. Ibuku berasa tidak sedap hati lalu menyuruhku bersiap untuk ke hospital kerana katanya masaku mungkin sudah sampai. Aku bertolak ke Hospital KB pada jam 9.00 pagi bersama ibu dan adikku serta suaminya yang memandu kereta. Dalam perjalanan, perutku terasabegitu sakit seperti hendak bersalin. Ibu menyabarkanku dan menyuruhku supaya bertahan sehingga sampai di hospital. Aku terasa tidak berdaya menahan kesakitan lalu menggenggam tangan ibuku dengan kuat sekali. Kesakitanku terasa kurang setibanya di hospital. Aku mendaftarkan diri di kaunter wad lalu di bawa ke katil untuk diperiksa oleh ‘nurse’ yang bertugas. Setelah diperiksa, ‘nurse’ mendapati aku sudah 'bersedia' untuk melahirkan anak. Mereka segera menolakku ke wad bersalin. Keadaan tersebut menyebabkan aku terlupa untuk memanggil ibuku yang berada di luar wad untuk turut sama menemaniku. Hanya beberapa minit kemudian, iaitu pada jam 10.30 pagi, aku akhirnya berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.65kg yang ku beri nama HAQEEM NAJHAN. Alhamdulillah.

Nuryn Mastura

Anak ketiga; Buah hati pengarang jantung bonda...
Tanggal 31/08/04 aku dan keluarga bertolak ke KL untuk mengambil kunci rumah di Bandar Seri Ehsan yang kami beli 4 tahun lepas (bulan Mac 2000). Urusan pengambilan kunci dan penyerahannya siap pada 01/09/04. Petang itu kami bertolak pulang ke Paka dan sampai di Paka lebih kurang jam 8 malam. Aku menelefon mek untuk memberitahu bahawa kami telah pergi ke KL atas urusan rumah tersebut. Malam itu aku tidak lena tidur, mungkin terlalu letih kerana “berjalan” dalam keadaan yang sarat mengandung. Aku berulang alik ke tandas kerana kerap kencing. Lebih kurang pukul 5 pagi aku terasa bahawa sudah sampai masanya aku nak bersalin. Aku terus mengejutkan suamiku untuk membawaku ke hospital. Suamiku yang dalam keadaan “kemamar” terus bangun lalu mandi dan bersedia untuk mengerjakan sembahyang subuh. Aku tergelak lalu menyatakan bahawa aku sudah hendak bersalin.Dia terkejut kerana aku tidak memberitahunya yang aku sakit perut. Kami menghantar anak-anak ke rumah Kak Tie di Limbong lalu terus ke Hospital Dungun.Apabila tiba di sana iaitu lebih kurang pukul 5.45, bidan terus memeriksa perutku dan mendapati aku sudah sedia untuk bersalin. Aku dimasukkan ke wad bersalin dengan serta merta. Suamiku cuba untuk masuk bersama tetapi ditegah kerana terdapat seorang pesakit yang menghadapi masalah dalan bilik bersalin tersebut. Lebih kurang pukul 6.50 aku merasakan perutku terasa amat sakit lalu memanggil bidan yang bertugas. Bidan bersedia untuk menyambut kelahiranku lalu memakai sarung tangannnya. Belum sempat bidan tersebut medekatiku, aku merasakan satu tolakan yang kuat daripada perutku dan tepat jam 7 pagi, NURYN MASTURA menjengah dunia…syukur ke hadrat Ilahi kerana bertambah seorang lagi umat Islam.