Perananku... sebagai hamba ALLAH.. umat Muhammad..anak..isteri.. ibu..adik..kakak..sahabat.. dan guru yang baik serta cemerlang dengan kehendakNya... Insyaallah
Sunday, October 24, 2010
Birthday Muadz 2010
Seketika...
Sampai jer kat parking, mata ini 'terpaku' pada seorang remaja perempuan yang sedang duduk di atas tempat rehat di sekitar masjid tersebut, sambil
Selepas aqem dan abahnya ke masjid, mata ini melilau sana sini, lalu aku keluarkan D90 dan snap beberapa keping gambar di situ,...
Sepanjang berada di dalam kete, pandang sana, pandang sini...nampak la beberapa orang bergegas ke masjid setelah mendengar laungan iqamah...tetapi masih ramai yang lalu lalang (lelaki ler) sambil buat tak tau saje yang hari itu adalah hari Jumaat...die orang tak tau ke hukum orang yang tidak mengerjakan solat Jumaat!
Paling menyedihkan ialah ada beberapa orang keluar dari Hotel yang hanya beberapa meter dari masjid tersebut...dengan 'smart' beserta kot masing2 sambil menjinjing beg (menunggu seseorang mengambilnya kot!)tanpa sedikit pun rasa bersalah...padahal waktu itu sudah masa untuk solat...sehinggalah semua orang selesai mengerjakan solat, mereka masih tetap berada di situ!!! Ade perasaan ke tidak dieorang nih! Patut la dunia ini semakin 'mengecil', rupa-rupanya manusia iru sendiri yang mengecilkannya!!!
Terkesima lagi aku apabila terpandang seorang pak cik yang baru datang duduk di atas pangkin tempat budak pompuan itu tadi...kesiannya nengokkan pak cik tu, sebab sepatutnya dalam usia sebegitu, beliau 'tak lepas' dari tikar sembahyang kerana ada perumpamaan menyatakan 'dunia kata pergi, kubur kata mari'
Sedih,hiba,pilu,...semua bercampur baur...
Saturday, October 23, 2010
manusia...manusia...
Malam itu, setelah selesai tahlil di rumah Kak Mbe (takziah atas kematian anak lelakinya),suami 'teringin' sangat untuk bertemu Abe Ha (Ayoh Weil)yang tinggal berdekatan...kami pun menuju ke situ tanpa memikirkan katne nak tido nanti...jam sudah menunjukkan angka 11.00 malam...suami bertelefon!
Jumpe je,cite punya cite punya cite.., kelopak mata ni dah tak leh angkat (seharian atas kete) ...lastly,kami tido kat rumah Abe Ha.
Esoknya, selesai menunaikan perintahNya, kami sambung lagi sembang...sehingga terkeluar cite pasal jiran depan rumah...bla bla bla...
Tetiba, "praaaapppp!!!!" ya Allah!!Bumper kete kami kena sondol dek kete anak pompuan jiran depan rumah tu! Terus bergegas ke luar...tengok bumper kete yang dah senget! Budok pompuan tu dengan selamba, "x de apa-apa kan???" (buta ke apa budak ni, ada pulok x de apa-apa!)...lagi mengharukan, suaminye tanya "Nape langgar?"...dan membetulkan balik kete mereka...lagi lagi menhibakan, terus mereka naik kete dan blahhhhhhhhhhhh...aku tengok suami, suami tengok aku, tengok abe Ha...dan kami tersenyum kelat!
Bapa budok tu pulok punye kesah, mai tengok kete..."tak rosak apa2 kan??!!!" Ni sorang lagi,...memang jenis kuarga #%&^*%#@#$%%^...ye ke bapak, ye ke anak, samaaaaa jer!!! Lepas tu, terus bruuummmm dengan motonya!!! Adusssss!!!
At last, suami cuba la betol2kan apa yang patot...nak kena baiki la lepas ni...poninggggggggggggggggg
Thursday, October 21, 2010
Temu Murni Tadika Al-Husna
Jumpe je ngan cikgu,
"Nuryn tak ada masalah, semua ok..."
"Nuryn dapat nombor 1",sambung cikgunya lagi...
Alhamdulillah, syukur ke hadratNya...moga-moga keputusan kakak akan kekal begitu kendian hari malah minta2 lebih baik
Wednesday, October 20, 2010
Celebrationnnn...
Bila ditanya,"Guane exam tadi kakak?"
"Kakak betol seme!"
Ye ker? Cikgu doh semak ker?
Dok agi, tapi kakak betol seme!
So, setiap kali ditanya sepanjang 4 hari exam, itulah jawapan kakak...
Marin pulok, balik je dari sekolah,
Ma Bibah terus beritau.."Sa,kakak dapat nombor satu...alhamdulillah!
Ma doh blanja kakak aiskrim"...aikkk!!! Dang ke Ma dulu blanja...
Malam, giliran kami pulok la blanja kakak...kat BITES...ok la tu kakak dop!
Nanti ada masa, blanja lagi...insyaallah
so, ni la gambar yang sempat 'snap' malam tadi
Tuesday, October 12, 2010
Wednesday, October 6, 2010
Kerja...kerja...kerja!
Monday, October 4, 2010
D90
Marin, my hubby bagi tau doh jupe D90 yang paling murah di sebuah kedai yang memang dicarinyer...so, lening,D90 dengan sah menjadi miliknye...terkezut jugok pabila mendengarkan regenyer...RM3###.00... suami! suami!
Kenali anak - anak kesayangan
Nuryn Wardyna, Haqeem Najhan dan Nuryn Mastura
Nuryn wardyna
Aku bangun seperti biasa untuk bersahur apabila dikejutkan oleh emak. Dengan perut yang memboyot, aku pergi ke bilik air untuk memberus gigi dan membasuh muka. Suamiku pula tiada di rumah kerana masih menjalankan tugasnya di KLIA. Aku pula pulang lebih awal ke kampung untuk bersalin tambahan pula cuti sekolah. Selepas itu aku makan sahur bersama emak, adik-adikku, I’ah dan adik Ama serta Kak Nah dan suaminya. Perut ini rasa kurang berselera untuk menjamah hidangan pada pagi yang dingin itu.
Sementara menantikan waktu subuh, aku membaca al-quran lalu menunaikan solat setelah selesai azan yang berkumandang. Aku bermohon agar Allah memanjangkan umur kami semua selain berdoa agar kandunganku sihat dan selamat dilahirkan, apatah lagi ini merupakan bakal zuriatku yang pertama setelah menunggu lebih kurang 3 tahun.
Aku menyambung tidur kerana perut ini terasa kurang selesa. Sekejap-sekejap aku bangun untuk kencing. Emak yang melihat perubahanku menanyakan adakah masaku untuk bersalin sudah tiba tetapi aku menidakkannya kerana ‘due date’ aku masih tinggal lagi 2 minggu.Emak terdiam dan meneruskan kerjanya.
Lebih kurang jam 9 pagi, perut aku terasa sedikit memulas. Sekali lagi aku ke bilik air untuk melepaskan hajat tetapi tidak berhasil. Keadaanku itu menyebabkan emak semakin bimbang dan menyuruhku pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Aku tidak membantah kerana kebetulan suami Kak Nah juga ingin pergi ke HKB untuk membuat pemeriksaan kakinya. Setelah berkemas, kami bertolak ke KB menaiki kereta Kak Nah.
Sesampainya di HKB, aku mendaftar diri di Pusat Bersalin. Aku dikejutkan dengan satu berita yang menyatakan aku terkena darah tinggi. Aku seakan tidak percaya kerana baru tiga hari lepas, aku menjalani pemeriksaan kandungan di Klinik Salor, dimana darahku masih lagi stabil. ‘Nurse’ yang merawatku mengesahkannya lalu menyuruhku berbaring di atas katil untuk diperiksa oleh doktor bertugas. Setelah diperiksa, Doktor Syed cuba menyuntik jarum ke lenganku untuk memudahkan urusan memasukkan air, namun tidak berjaya. Akhirnya beliau menyuruhku berehat di dalam wad sementara menunggu saat bersalin sampai.
Di dalam wad, aku ditemani ibu tersayang. Aku merasa sedikit gementar apabila melihat pelbagai ragam wanita yang hampir bersalin. Ada yang terpaksa berjalan ke sana sini untuk menghilangkan kesakitan, tidak kurang pula yang berkerut-kerut kening menahan kesakitan sementara menunggu dimasukkan ke wad bersalin.Aku pula bersembang dengan ibu kerana diri ini masih tidak merasa apa-apa kesakitan. Ibu pula menyuruhku meminum air bunga kembang semangkuk untuk menudahkan proses bersalin nanti.
Besoknya, aku dikejutkan oleh ibu untuk bersahur kerana menurutnya aku masih wajib berpuasa kerana belum masanya untuk bersalin. Tepat jam 7.00 pagi, ‘nurse’ memanggilku untuk memeriksa kandunganku. Setelah diperiksa, doktor menyarankan supaya aku di ‘induce’ untuk menyelamatkan kandungan yang mungkin berisiko nanti. Dengan hati yang tenang, aku menerima cadangan tersebut walaupun ibu merasa berat hati dengan keputusanku itu kerana menurutnya, suamiku belum sampai dari KL kerana baru berlepas dari ‘airport’ Subang. Lagipun, setahunya, cara tersebut amat menyakitkan.
Tepat jam 7.30 pagi, aku dimasukkan ke wad bersalin. Selama dua jam di dalam wad itu, aku terkebil-kebil seorang diri kerana perutku masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan.Apa yang aku dengar hanyalah jeritan demi jeritan wanita-wanita yang ingin melahirkan.Ini membuatkan jantungku berdegup semakin kencang mungkinkah nasibku sama seperti mereka. Tiba-tiba seorang doktor datang lalu memecahkan ketubanku serta mengurut-ngurut untuk mengeluarkan air dari dalam perutku. Saat itu aku merasakan bahawa masaku untuk bersalin telah tiba. Dengan tidak semena-mena perutku terasa begitu sakit. Aku ingat itulah masanya untuk aku melahirkan tetapi tidak semudah yang disangka. Kesakitan menyebabkan aku diberi suntikan untuk mengurangkannya kerana menurut ‘nurse’, “jalan” masih belum terbuka dan aku mungkin akan bersalin malam nanti. Ya Allah, aku terkejut dengan kenyataan tersebut kerana perutku memulas-mulas tanpa henti.
Jam di dinding bergerak tanpa henti. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Beberapa kali ‘nurse’ datang melihat keadaanku tetapi mereka mengatakan masa untukku bersalin masih belum tiba. Aku terus berdoa serta membaca ayat-ayat yang biasa aku baca sepanjang proses kehamilan bagi memudahkan kelahiran nanti. Azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Semua ‘nurse’ yang bertugas pergi ke bilik makan untuk berbuka puasa. Aku berasa ingin membuang air besar lalu pergi ke tandas, walaupun sebelum itu, para pesakit sudah diingatkan agar tidak pergi ke tandas seorang diri. Setelah beredar dari tandas, darah keluar dengan banyaknya. Dengan susah payah,aku segera naik ke atas katil lalu memanggil ‘nurse’ yang kebetulan melalui tempat tersebut. Aku berjaya melahirkan cahaya mataku yang pertama, tepat jam 7.30 malam pada 25 Disember 1998, iaitu 12 hari awal daripada tarikh sebenar jangkaan. Hati ini terasa sangat gembira dengan kedatangan “orang baru” bersempena sambutan Hari X’mas itu. ‘Nurse’ segera mengangkat bayi lalu mengunjukkannya kepadaku sambil bertanyakan jantina anakku. Aku tersenyum lalu mengatakan ‘perempuan’.
Aku ditolak semula ke wad pada jam 11.30 malam. Suami dan kaum keluargaku sangat bimbang kerana terlalu lama aku berada di dalam wad bersalin, kalau-kalau sesuatu yang tidak baik berlaku… Kemunculanku bersama bayi baru seberat 2.75kg membuahkan senyuman di muka suamiku, ibu, abang dan adik-adikku yang telah lama menunggu di luar wad tersebut.
Akhirnya, kisah kelahiran NURYN WARDYNA BT. HALIM ANUAR berjaya aku coretkan di sini untuk ingatan ZURIATKU semua. ALHAMDULILLAH,AMIN.