Perananku... sebagai hamba ALLAH.. umat Muhammad..anak..isteri.. ibu..adik..kakak..sahabat.. dan guru yang baik serta cemerlang dengan kehendakNya... Insyaallah
Saturday, December 18, 2010
Baru Vs Lama
Nampak tak perbezaannya???!!!
Yang sebelah kiri tu freezer tahun 90an taw...taaapi yang sebelah kanan tu yang nak citer ni...umornya dah menjangkau 30 tahun lebih!!! seingatnya, ayah mertua kata, tahun 1973 (umur mama masa tu baru 3 tahun ler!)
Yang hebatnyer ialah...ayah kata freezer tu x pernah rosak, tak pernah servis mahupun tambah gas!!! ush ush ush!!! Betol lah...orang kata barang 'lama' ni baik..sama gok ngan ayah mertua mama yang alhamdulillah stakat ni x pernah sakit teruk, x ade penyakit2 zaman lening...may b bcoz ayah sentiasa menjaga pemakanannya, fizikalnya dan yang penting sekali mindanya (suka sangattttt baca buku/majalah/akhbar)-banyak lagi citer pasal bapa mertuaku ni!!!
Ok, balik pada freezer lama ni, kalau nak tau jenamanya, tengok gambar kat bawah ni
Reward Sulung D90
Inilah hasil berbentuk baucer bernilai RM200 dari Petronas...pertandingan fotografi 2010
Gambar yang mana satu???!!!! Inilah dia...
Friday, December 10, 2010
ada...tiada...ada...tiada
apa tidaknye, ada2 aje perkara yang direka, dicuba, dibuat, dirancang...
yang banyaknyer membuatkan mama pening, risao, kadang2 tensen dan macam-macamlagi la...
kalao meke tadok pulok, rase la sunyi sepi...mama pon, masuk dapo, kua dapo, masuk bilik, kua bilik, x tau nak wak mende...alih2 pegang batang penyapu, sapu mana patot, then relax...tapi masa anak2 tadok ni la, mama boleh habiskan 'secebis' masa untuk mengingatiNya...LEBIH!!!!
apapon, korang la anak2 mama, yang mama sangat2 sayang, rindu...sebab tu la mama nak jadikan anak2 mama 'somebody' di dunia dan akhirat...INSYAALLAH
Majlis Khatan Beramai-ramai 2010
Tarikh:03/11/2010
Saturday, November 27, 2010
Graduation Kakak 131110
Saturday, November 20, 2010
Kimi Engagement
Lokasi: Dungun
12.11.2010
...Aqem ada appmnt kat KMC...follow up berkaitan kesihatannya...so, pagi2 lagi kami dah bertolak dari Paka menuju ke Kuantan...sampai sana awal lagi...bfas kat Tg.Api...tiba di KMC jam 9.00 pagi...alhamdulillah coz doktor menyatakan kesihatan Aqem baik dan tiada apa2 penyakit...
Sambut anniversary...
...oleh kerana kami tak sempat sambut kemarin, maka abah membawa kami ke EC Mall...makan2, jalan2...tu pun selepas abah n Aqem solat Jumaat di Masjid Negeri...mama n kak long solat kat EC Mall jer...jalan punya jalan, dapat jugak la 'hadiah' anniversary...2 buah handbag sekaligus!!! Terima kasih abah! lain kali bagi 3 pulok yer!!! heheh...Untuk abah pon ada...baju dan seluar Jeep!
...anak2, minta aje nak makan ape, kami tunaikan...
11.11.10
...kami diijabkabulkan pada tahun 1995...15 tahun sudah berlalu...alhamdulillah, syukur kami kepadamu Ya Rabbi kerana sepanjang 'perjalanan' tersebut, liku dan ranjau berjaya kami tempuhi dengan tabah...tanpa ada sebarang persengketaan antara kami...
Kini,2010
...Tarikh itu kami sambut lagi ... kali ini dengan beberapa cerita
Pertamanya,
...Keputusan peperiksaan UPSR diumumkan...alangkah berdebarnya hati ini...walau bagaimanapun, mama mungkin kurang 'teringat' disebabkan kerja yang masih menimbun kat sekolah...handset sentiasa berbunyi, dari adik2 yang bertanyakan result kak long...bukan tak nak pegi cepat ke sekolah kak long, tapi mama terpaksa menghabiskan dulu sisa2 kerja ini...akhirnya mama stat enjin kete jam 11.15 pagi dan terus ke sekolah kak long...sampai sana, cari kak long tapi tak nampak pun muka...
...tiba2 cikgu kelas kak long, Pn.Wan Sajura, menghulurkan slip peperiksaan kepada mama...mama bukak lipatan slip...debaran di hati bertambah kencang...alhamdulillah, mama terima keputusan tersebut dengan hati yang lapang...kak long cuma dapat 3A2B!
...Sementara itu, kak long tiba2 menyerbu sambil memeluk kuat mama, dengan tangisan sekali...mama yang dari tadi cuba untuk tidak menangis akhirnya 'kalah' lalu airmata ini gugur dengan sendirinya...bukan kerana mama kecewa tetapi kerana nengokkan kak long yang menangis...sian ke kak long...mama pujuk kak long..."along, mama sudah cukup bangga dengan keputusan ini, walaupun kak long tak dapat 5A tapi bagi mama, ini sudah memadai kerana kak long telah berusaha dengan bersungguh2!!!..."
..."banyak lagi tangga yang kak long terpaksa langkah, PMR, SPM atau mungkin juga STPM...insyaallah kak long akan berjaya nanti", pujuk mama...
Citer keduanya,
...hari ini juga pihak MGK sekolah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun...di Restoran Penyu...bermula jam 2.00 hingga 5.00 ptg...majlis agak meriah dengan beberapa acara...dapat jugak la kain sepasang, ditambah dengan cabutan bertuah (dapat le set gelas dan mangkuk tingkat)...ok ler tuh!!
Citer seterusnya,
...hari ni juga pelajar2 form n form 6 buat jamuan akhir tahun...mama dapat 8 jemputan...tapi disebabkan banyak kerja yang perlu dibereskan pada hari ini, mama cuma sempat menghadiri satu jamuan sahaja, iaitu di kelas 5C...jamuan form 6 pon x sempat nak hadir,..minta maaf ye anak2 'sulung' mama...
Dan kerana sebab2 itulah,
...mama terpaksa menyambut hari ulangtahun perkahwinan hanya pada malam itu...di Kerteh Seafood...sori la ye abah n anak2...lain kali kita pergi tempat lain untuk ganti...
Itulah die citer mama pada sepanjang hari bertarikh 11.11 bagi tahun 2010...semoga tarikh tersebut akan lebih baik lagi untuk tahun hadapan...insyaallah
Saturday, November 6, 2010
Jerih tau!!!
So, setiap minggu, abah akan ambik mama untuk balik ke Kg. Subang (Taman Subang Perdana- kami sewa bilik ngan kawan abah, Zahir) dan menghantar balik pada malam Ahad...begitulah yang berlaku setiap minggu sehingga mama habis praktikal selama 3 bulan di Klang...
Suatu malam, semasa abah hantar mama, tetiba tayar motor RXZ bocor...masa tu, kami kat Highway...maka dengan selambanyer la kami terpaksa menolak moto tersebut ke suatu tempat rehat yang selamat...jauh jugak la perjalanan, tengah malam pulok tuh!...sehingga la tiba ke stesen minyak, kami pon menelefon kawan abah, Abe Mae n Abe Ha...nasib baik la ada kawan...
Penat, malu, sedih...semua perasaan itu bermain di kotak fikiran mama...tapi apapun, kenangan itulah yang mengingatkan mama betapa hidup ini memerlukan cabaran, kalau tidak, tidak dinamakan hidup!!!
Tuesday, November 2, 2010
Masih Ku Ingat...
setiap hari kaki ini terpaksa memijak 'stating' basikal jam 6.15 pagi, di kala manusia lain sedang nyenyak tidur, mungkin...terpaksa juga kugagahi seorang diri menuju ke destinasi, iaitu sejauh 3 batu (3 buah kampung terpaksa dilalui) ke Kg.Gua, sebelum menaiki bas Pok Kar untuk ke SMK Kota yang terletak 17 batu dari situ...
Tika menaiki basikal itulah, fikiran ini tidak pernah mengingat perkara lain, iaitu bermula dengan Bismillah...sehingga sampai ke destinasi, habis segala ayat-ayat lazim menjadi nyanyian hatiku...takut!!!
Sebenarnya banyak perkara yang ditakuti, bukan saja takutkan hantu (ade ker???-tak pernah bertemu pun) sebab terpaksa melalui kawasan perkuburan (Kubur Tok Jebak) tetapi apa yang paling menakutkan ialah sekiranya ada manusia2 yang bisa ditemukan sekarang ini...perogol, penyamun,penjahat dan segala macam perangai manusia!!!
Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun dengan rutin yang sama, mama tidak pernah 'bertemu' dengan perkara yang sedemikian rupa. Kalau tidak, rasanya mama mungkin akan serik dan lebih teruk mama mungkin akan minta untuk berhenti sekolah kot!!
Ada la satu pagi tu, seperti biasa mama turun dari rumah...gatih punya gatih, lepas je kawasan perkuburan, mama ternampak satu lembaga putih (setinggi pinggang) nun di hadapan...apalagi, jantung mama terus berdegup kencang... tetapi kayuhan masih lagi diteruskan.. sehinggalah sampai dekat lembaga tersebut, mama tak tau nak cerita macam mana kerana lembaga tersebut memalingkan wajahnya...haaaaa!!! muka yang putih!!! terkejut bukan main!!!....apalagi, mama terus gatih sehabis laju............................
Balik jer dari sekolah, mama ceritakan kejadian tersebut pada mek...mek kata "takkan Kak dok kenal mok cik tu, die bokok sabut, dan mukanya putih (penyakit balar)...baru balik dari solat subuh kat surau berdekatan la tu!!"....eeeemmmmmmmmmmmmm
Sunday, October 24, 2010
Birthday Muadz 2010
Seketika...
Sampai jer kat parking, mata ini 'terpaku' pada seorang remaja perempuan yang sedang duduk di atas tempat rehat di sekitar masjid tersebut, sambil
Selepas aqem dan abahnya ke masjid, mata ini melilau sana sini, lalu aku keluarkan D90 dan snap beberapa keping gambar di situ,...
Sepanjang berada di dalam kete, pandang sana, pandang sini...nampak la beberapa orang bergegas ke masjid setelah mendengar laungan iqamah...tetapi masih ramai yang lalu lalang (lelaki ler) sambil buat tak tau saje yang hari itu adalah hari Jumaat...die orang tak tau ke hukum orang yang tidak mengerjakan solat Jumaat!
Paling menyedihkan ialah ada beberapa orang keluar dari Hotel yang hanya beberapa meter dari masjid tersebut...dengan 'smart' beserta kot masing2 sambil menjinjing beg (menunggu seseorang mengambilnya kot!)tanpa sedikit pun rasa bersalah...padahal waktu itu sudah masa untuk solat...sehinggalah semua orang selesai mengerjakan solat, mereka masih tetap berada di situ!!! Ade perasaan ke tidak dieorang nih! Patut la dunia ini semakin 'mengecil', rupa-rupanya manusia iru sendiri yang mengecilkannya!!!
Terkesima lagi aku apabila terpandang seorang pak cik yang baru datang duduk di atas pangkin tempat budak pompuan itu tadi...kesiannya nengokkan pak cik tu, sebab sepatutnya dalam usia sebegitu, beliau 'tak lepas' dari tikar sembahyang kerana ada perumpamaan menyatakan 'dunia kata pergi, kubur kata mari'
Sedih,hiba,pilu,...semua bercampur baur...
Saturday, October 23, 2010
manusia...manusia...
Malam itu, setelah selesai tahlil di rumah Kak Mbe (takziah atas kematian anak lelakinya),suami 'teringin' sangat untuk bertemu Abe Ha (Ayoh Weil)yang tinggal berdekatan...kami pun menuju ke situ tanpa memikirkan katne nak tido nanti...jam sudah menunjukkan angka 11.00 malam...suami bertelefon!
Jumpe je,cite punya cite punya cite.., kelopak mata ni dah tak leh angkat (seharian atas kete) ...lastly,kami tido kat rumah Abe Ha.
Esoknya, selesai menunaikan perintahNya, kami sambung lagi sembang...sehingga terkeluar cite pasal jiran depan rumah...bla bla bla...
Tetiba, "praaaapppp!!!!" ya Allah!!Bumper kete kami kena sondol dek kete anak pompuan jiran depan rumah tu! Terus bergegas ke luar...tengok bumper kete yang dah senget! Budok pompuan tu dengan selamba, "x de apa-apa kan???" (buta ke apa budak ni, ada pulok x de apa-apa!)...lagi mengharukan, suaminye tanya "Nape langgar?"...dan membetulkan balik kete mereka...lagi lagi menhibakan, terus mereka naik kete dan blahhhhhhhhhhhh...aku tengok suami, suami tengok aku, tengok abe Ha...dan kami tersenyum kelat!
Bapa budok tu pulok punye kesah, mai tengok kete..."tak rosak apa2 kan??!!!" Ni sorang lagi,...memang jenis kuarga #%&^*%#@#$%%^...ye ke bapak, ye ke anak, samaaaaa jer!!! Lepas tu, terus bruuummmm dengan motonya!!! Adusssss!!!
At last, suami cuba la betol2kan apa yang patot...nak kena baiki la lepas ni...poninggggggggggggggggg
Thursday, October 21, 2010
Temu Murni Tadika Al-Husna
Jumpe je ngan cikgu,
"Nuryn tak ada masalah, semua ok..."
"Nuryn dapat nombor 1",sambung cikgunya lagi...
Alhamdulillah, syukur ke hadratNya...moga-moga keputusan kakak akan kekal begitu kendian hari malah minta2 lebih baik
Wednesday, October 20, 2010
Celebrationnnn...
Bila ditanya,"Guane exam tadi kakak?"
"Kakak betol seme!"
Ye ker? Cikgu doh semak ker?
Dok agi, tapi kakak betol seme!
So, setiap kali ditanya sepanjang 4 hari exam, itulah jawapan kakak...
Marin pulok, balik je dari sekolah,
Ma Bibah terus beritau.."Sa,kakak dapat nombor satu...alhamdulillah!
Ma doh blanja kakak aiskrim"...aikkk!!! Dang ke Ma dulu blanja...
Malam, giliran kami pulok la blanja kakak...kat BITES...ok la tu kakak dop!
Nanti ada masa, blanja lagi...insyaallah
so, ni la gambar yang sempat 'snap' malam tadi
Tuesday, October 12, 2010
Wednesday, October 6, 2010
Kerja...kerja...kerja!
Monday, October 4, 2010
D90
Marin, my hubby bagi tau doh jupe D90 yang paling murah di sebuah kedai yang memang dicarinyer...so, lening,D90 dengan sah menjadi miliknye...terkezut jugok pabila mendengarkan regenyer...RM3###.00... suami! suami!
Sunday, September 26, 2010
Lagii gambar2 abah.. Makasar n Pulau Komodo
Saturday, September 25, 2010
Eidul Fitri'10
UPSR pun berlalu....
mama kurang tido...resah...gelisah...dan macam2 lagi perasaan...tapi anak mama, nampak relaxxxxx jer...bila ditanya,
"Guane long??? Jawabnya...hem, bereh (sambil senyummm)...lagi la bertambah &&%$#% perasaan mama ni
Apapun, yang berlalu tetap berlalu...begitu juga dengan UPSR...
So, apa yang perlu sekarang adalah...TUNGGU RESULT!!! InsyaAllah kecemerlangan akan Kau kurniakan kepada anak sulungku>>>NURYN WARDYNA
Citer Aqem pulok,
"Guane exam, Qem?" Jawapan yang biasa jugok ye akan berikan...
"Senang jer!!!" Ni lagi sorang...senang sokmo (jawapan yang merisaukan mama). Tapi apapun, tunggu RESULT gok r nanti
Si bongsu,
"Mama,bile kakak nak peksa ni? Dok sabo doh!!!" terover pulok konfidennye...Tunggulah nak, awal bulan 10 nanti...sebenarnye kakak x sabar nak masuk Tahun 1 coz mama cakap kakak akan masuk Tahun 1 selepas peperiksaan...
Sunday, September 5, 2010
Citer Abah
So, ni lah antara gambar2 menarik...
Happy Birthday Nuryn Mastura
Saturday, September 4, 2010
Tuesday, August 31, 2010
Balik la cepat...
Kat sini pulok lain citenyer..sabun abih, softlan abih...so,mama pon ngan bangganye pegi la Tunas Manja utk beli seme brg2 tuh. Tup tup sampai jer kat umoh,...sabun dok beli, softlan pon dok beli...yang dibeli minyak masak n susu pekat yang stoknye masih banyak lagi!!! alahai...ni la padahnye kalau dok biasa bbeli sediri. Biasanye abah yang belikan...abah senyum kot masa mama sms citer apa yang belaku kat sini...
Anak2 pulok siap buat jadual flight abah, tanda setiap ari bile abah akan balik...we miss u sooo much!!!!
Friday, August 27, 2010
Kenali anak - anak kesayangan
Nuryn Wardyna, Haqeem Najhan dan Nuryn Mastura
Nuryn wardyna
Aku bangun seperti biasa untuk bersahur apabila dikejutkan oleh emak. Dengan perut yang memboyot, aku pergi ke bilik air untuk memberus gigi dan membasuh muka. Suamiku pula tiada di rumah kerana masih menjalankan tugasnya di KLIA. Aku pula pulang lebih awal ke kampung untuk bersalin tambahan pula cuti sekolah. Selepas itu aku makan sahur bersama emak, adik-adikku, I’ah dan adik Ama serta Kak Nah dan suaminya. Perut ini rasa kurang berselera untuk menjamah hidangan pada pagi yang dingin itu.
Sementara menantikan waktu subuh, aku membaca al-quran lalu menunaikan solat setelah selesai azan yang berkumandang. Aku bermohon agar Allah memanjangkan umur kami semua selain berdoa agar kandunganku sihat dan selamat dilahirkan, apatah lagi ini merupakan bakal zuriatku yang pertama setelah menunggu lebih kurang 3 tahun.
Aku menyambung tidur kerana perut ini terasa kurang selesa. Sekejap-sekejap aku bangun untuk kencing. Emak yang melihat perubahanku menanyakan adakah masaku untuk bersalin sudah tiba tetapi aku menidakkannya kerana ‘due date’ aku masih tinggal lagi 2 minggu.Emak terdiam dan meneruskan kerjanya.
Lebih kurang jam 9 pagi, perut aku terasa sedikit memulas. Sekali lagi aku ke bilik air untuk melepaskan hajat tetapi tidak berhasil. Keadaanku itu menyebabkan emak semakin bimbang dan menyuruhku pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Aku tidak membantah kerana kebetulan suami Kak Nah juga ingin pergi ke HKB untuk membuat pemeriksaan kakinya. Setelah berkemas, kami bertolak ke KB menaiki kereta Kak Nah.
Sesampainya di HKB, aku mendaftar diri di Pusat Bersalin. Aku dikejutkan dengan satu berita yang menyatakan aku terkena darah tinggi. Aku seakan tidak percaya kerana baru tiga hari lepas, aku menjalani pemeriksaan kandungan di Klinik Salor, dimana darahku masih lagi stabil. ‘Nurse’ yang merawatku mengesahkannya lalu menyuruhku berbaring di atas katil untuk diperiksa oleh doktor bertugas. Setelah diperiksa, Doktor Syed cuba menyuntik jarum ke lenganku untuk memudahkan urusan memasukkan air, namun tidak berjaya. Akhirnya beliau menyuruhku berehat di dalam wad sementara menunggu saat bersalin sampai.
Di dalam wad, aku ditemani ibu tersayang. Aku merasa sedikit gementar apabila melihat pelbagai ragam wanita yang hampir bersalin. Ada yang terpaksa berjalan ke sana sini untuk menghilangkan kesakitan, tidak kurang pula yang berkerut-kerut kening menahan kesakitan sementara menunggu dimasukkan ke wad bersalin.Aku pula bersembang dengan ibu kerana diri ini masih tidak merasa apa-apa kesakitan. Ibu pula menyuruhku meminum air bunga kembang semangkuk untuk menudahkan proses bersalin nanti.
Besoknya, aku dikejutkan oleh ibu untuk bersahur kerana menurutnya aku masih wajib berpuasa kerana belum masanya untuk bersalin. Tepat jam 7.00 pagi, ‘nurse’ memanggilku untuk memeriksa kandunganku. Setelah diperiksa, doktor menyarankan supaya aku di ‘induce’ untuk menyelamatkan kandungan yang mungkin berisiko nanti. Dengan hati yang tenang, aku menerima cadangan tersebut walaupun ibu merasa berat hati dengan keputusanku itu kerana menurutnya, suamiku belum sampai dari KL kerana baru berlepas dari ‘airport’ Subang. Lagipun, setahunya, cara tersebut amat menyakitkan.
Tepat jam 7.30 pagi, aku dimasukkan ke wad bersalin. Selama dua jam di dalam wad itu, aku terkebil-kebil seorang diri kerana perutku masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan.Apa yang aku dengar hanyalah jeritan demi jeritan wanita-wanita yang ingin melahirkan.Ini membuatkan jantungku berdegup semakin kencang mungkinkah nasibku sama seperti mereka. Tiba-tiba seorang doktor datang lalu memecahkan ketubanku serta mengurut-ngurut untuk mengeluarkan air dari dalam perutku. Saat itu aku merasakan bahawa masaku untuk bersalin telah tiba. Dengan tidak semena-mena perutku terasa begitu sakit. Aku ingat itulah masanya untuk aku melahirkan tetapi tidak semudah yang disangka. Kesakitan menyebabkan aku diberi suntikan untuk mengurangkannya kerana menurut ‘nurse’, “jalan” masih belum terbuka dan aku mungkin akan bersalin malam nanti. Ya Allah, aku terkejut dengan kenyataan tersebut kerana perutku memulas-mulas tanpa henti.
Jam di dinding bergerak tanpa henti. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Beberapa kali ‘nurse’ datang melihat keadaanku tetapi mereka mengatakan masa untukku bersalin masih belum tiba. Aku terus berdoa serta membaca ayat-ayat yang biasa aku baca sepanjang proses kehamilan bagi memudahkan kelahiran nanti. Azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Semua ‘nurse’ yang bertugas pergi ke bilik makan untuk berbuka puasa. Aku berasa ingin membuang air besar lalu pergi ke tandas, walaupun sebelum itu, para pesakit sudah diingatkan agar tidak pergi ke tandas seorang diri. Setelah beredar dari tandas, darah keluar dengan banyaknya. Dengan susah payah,aku segera naik ke atas katil lalu memanggil ‘nurse’ yang kebetulan melalui tempat tersebut. Aku berjaya melahirkan cahaya mataku yang pertama, tepat jam 7.30 malam pada 25 Disember 1998, iaitu 12 hari awal daripada tarikh sebenar jangkaan. Hati ini terasa sangat gembira dengan kedatangan “orang baru” bersempena sambutan Hari X’mas itu. ‘Nurse’ segera mengangkat bayi lalu mengunjukkannya kepadaku sambil bertanyakan jantina anakku. Aku tersenyum lalu mengatakan ‘perempuan’.
Aku ditolak semula ke wad pada jam 11.30 malam. Suami dan kaum keluargaku sangat bimbang kerana terlalu lama aku berada di dalam wad bersalin, kalau-kalau sesuatu yang tidak baik berlaku… Kemunculanku bersama bayi baru seberat 2.75kg membuahkan senyuman di muka suamiku, ibu, abang dan adik-adikku yang telah lama menunggu di luar wad tersebut.
Akhirnya, kisah kelahiran NURYN WARDYNA BT. HALIM ANUAR berjaya aku coretkan di sini untuk ingatan ZURIATKU semua. ALHAMDULILLAH,AMIN.