Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah...

Bila mana mama membuka blog hari ini, bait2 lagu "Alhamdulillah" dendangan Maher Zain menjadi halwa telinga...terpanggil diri ini untuk meluahkan sesuatu...
Perkataan yang sememangnya patut mama gunakan untuk menggambarkan kesyukuran yang tak terhingga kepadaNya kerana ayah mertua telah semakin pulih daripada penyakit yang datang 'tak terjangka' itu...dah dapat pandu keretanya pon...
Alhamdulillah juga kerana ibu mertua telah selamat menjalani pembedahan membuang 'fibroid' yang telah 'dikandungnya' selama kurang lebih 3 tahun, rasanya sama baya dengan anak bongsu ayah, Siti hajar...pakar motivasi di sisi ayah la pulak!
Rasa syukur juga kepadaMu kerana ibu kandung mama masih sihat walafiat...moga sentiasa diberi kesihatan yang baik
Ucapan 'alhamdulillah' kerana diri ini masih berpeluang menyedut udaraMu...masih berjaya melakukan tugas2 sebagai hambaMu...tugas sebagai ibu yang kebanyakan masanya tanpa suami di sisi...harapan mama agar kita semua sama2 mengucapkan perkataan tersebut walaupun kiranya disebut sepanjang masa pun, kurniaan Allah kepada kita semua tak terucap!!!

1 comment:

  1. Alhamdulillah...semoga kita tergolong dr hambanya yg selalu bersyukur...amin

    ReplyDelete