Tuesday, November 2, 2010

Masih Ku Ingat...

Tika itu,
setiap hari kaki ini terpaksa memijak 'stating' basikal jam 6.15 pagi, di kala manusia lain sedang nyenyak tidur, mungkin...terpaksa juga kugagahi seorang diri menuju ke destinasi, iaitu sejauh 3 batu (3 buah kampung terpaksa dilalui) ke Kg.Gua, sebelum menaiki bas Pok Kar untuk ke SMK Kota yang terletak 17 batu dari situ...
Tika menaiki basikal itulah, fikiran ini tidak pernah mengingat perkara lain, iaitu bermula dengan Bismillah...sehingga sampai ke destinasi, habis segala ayat-ayat lazim menjadi nyanyian hatiku...takut!!!
Sebenarnya banyak perkara yang ditakuti, bukan saja takutkan hantu (ade ker???-tak pernah bertemu pun) sebab terpaksa melalui kawasan perkuburan (Kubur Tok Jebak) tetapi apa yang paling menakutkan ialah sekiranya ada manusia2 yang bisa ditemukan sekarang ini...perogol, penyamun,penjahat dan segala macam perangai manusia!!!
Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun dengan rutin yang sama, mama tidak pernah 'bertemu' dengan perkara yang sedemikian rupa. Kalau tidak, rasanya mama mungkin akan serik dan lebih teruk mama mungkin akan minta untuk berhenti sekolah kot!!
Ada la satu pagi tu, seperti biasa mama turun dari rumah...gatih punya gatih, lepas je kawasan perkuburan, mama ternampak satu lembaga putih (setinggi pinggang) nun di hadapan...apalagi, jantung mama terus berdegup kencang... tetapi kayuhan masih lagi diteruskan.. sehinggalah sampai dekat lembaga tersebut, mama tak tau nak cerita macam mana kerana lembaga tersebut memalingkan wajahnya...haaaaa!!! muka yang putih!!! terkejut bukan main!!!....apalagi, mama terus gatih sehabis laju............................
Balik jer dari sekolah, mama ceritakan kejadian tersebut pada mek...mek kata "takkan Kak dok kenal mok cik tu, die bokok sabut, dan mukanya putih (penyakit balar)...baru balik dari solat subuh kat surau berdekatan la tu!!"....eeeemmmmmmmmmmmmm

1 comment: