Perananku... sebagai hamba ALLAH.. umat Muhammad..anak..isteri.. ibu..adik..kakak..sahabat.. dan guru yang baik serta cemerlang dengan kehendakNya... Insyaallah
Sunday, February 27, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Sunday, February 13, 2011
Gift...
makan2...
beli2...
setelah lebih seminggu, akhirnya dapat juga jam baru,
ye la...jam lama dah lebih 11 tahun, patot pon kalau nak 'jem'
kalau ikutkan hati, jam lama maih lagi disayangi tapi nak buat camne...
yang ni pulok komplot antara abah n abang aqem...untuk MAMA...
walau bagaimanapun, kak long tak dapat ikut coz ade minggu orientasi kat asramanya... lain kali ye long!
Saturday, February 12, 2011
Sahabat...teman sejati
tatkala menerima panggilan daripada abang mama di kampung...
katanya,
Kak ingat dok saing kak bernama Surakiah!???
mesti la Kak ingat, bakpo nyer???
dok baca ke berita dlm surat khabar ari Komih baru ni???
Dok dang...
Saing Kak tu meninggal dalam accident kat KL...
Innalillah.....
sayu,sedih,dan segala macam perasaan tika itu...
Kak Ngah,
itulah gelaran yang geng2 baik kita panggilmu teman...
seingat aku, kaulah yang selalu mempraktikkan panggilan 'kak' kepadaku,
walaupun kengkawan lain kurang memanggilku dengan gelaran itu...
Bagiku,
engkau lebih daripada seorang teman sekelas, tapi lebih kepada
'kakak' kepadaku...KENAPA???
Sebab mungkin bagiku engkau lebih matang berbanding kawan2 kita yang lain...
biasanya engkau yang akan memberikan nasihat kpd kami...lebih2 lagi aku yang
bersifat keanak-anakan, m b disebabkan tubuh badanku yang kecil kot!
Kak Ngah,
Sejak meninggalkan alam persekolahan d tingkatan 5, engkau dan aku terpisah...
engkau berjaya memasuki pusat latihan kejururawatan (dan jadi 'nurse') manakala
aku masuk ke tg.6 di SMK Kota...sejak itu, hubungan kita terputus...
Masih aku ingat,
Kita pernah tersua di Hospital Universiti KL...tika itu aku n suami
menjalani rawatan untuk mendapatkan zuriat...akhirnya kami dikurniakan dengan 2 puteri dan seorang putera...itu kali akhir kita bertemu!!!
Pergimu teman,
menyebabkan air mata ini berlinangan
mengingatkan kembali tika kita belajar bersama
'study group' di rumahmu bersama
gatih beskal bersama
makan bersama
gurau bersama...
Akhirnya,
moga pergimu untuk bertemu denganNya
dengan TENANG
dengan LENANG
dengan AMAN
dan di bawah LINDUNGANNYA...
Sunday, February 6, 2011
Wednesday, February 2, 2011
hadiah 'ssunat'...
Aqem disunatkan bersama Pok Solah & Dek Mat...dengan meriahnye...
Tapi janji tetap janji! kena belikan kete remote!!!
So,
Bile baik je, janji dituntut...siap nak bayar dengan duit sdiri lagi!!
Abah pun belikanlah...dengan regenye RM65.00
Dapat je kete, mintak pulak nak main kat trek...
Satu malam tu,
kami pegi ler ke Dungun, kat taman permainan...ade trek kat situ...
Alhamdulillah,
Ade sorang je budak laki main kat situ...tapi bile kami masuk jer, die n familinyer balik!
Apalagi!!!
Aqem naik atas dek dan mula 'kontrol'kete...sampai abih bateri!!! Tambah patah tayar lagi!
Beberapa hari lepas tu,
Mama tekezut gok r...abah terima kotak dr Gedex...mama rasa doh, mesti.....!!!!
dan memang x salah! Remote car lagi!
Petang tu,
Pegi lagi kat taman mainan...kali ni seronok bukan main la Aqem coz dapat kete yang lebih besar,
lebih POWER!!!
Aqem & Along atas dek
Kete kuning tu Aqem punye, hok biru tu kete lama la..
Baik kakak, kontrol kete dari bawah terus!!!
Laggi senang
Kenali anak - anak kesayangan
Nuryn Wardyna, Haqeem Najhan dan Nuryn Mastura
Nuryn wardyna
Aku bangun seperti biasa untuk bersahur apabila dikejutkan oleh emak. Dengan perut yang memboyot, aku pergi ke bilik air untuk memberus gigi dan membasuh muka. Suamiku pula tiada di rumah kerana masih menjalankan tugasnya di KLIA. Aku pula pulang lebih awal ke kampung untuk bersalin tambahan pula cuti sekolah. Selepas itu aku makan sahur bersama emak, adik-adikku, I’ah dan adik Ama serta Kak Nah dan suaminya. Perut ini rasa kurang berselera untuk menjamah hidangan pada pagi yang dingin itu.
Sementara menantikan waktu subuh, aku membaca al-quran lalu menunaikan solat setelah selesai azan yang berkumandang. Aku bermohon agar Allah memanjangkan umur kami semua selain berdoa agar kandunganku sihat dan selamat dilahirkan, apatah lagi ini merupakan bakal zuriatku yang pertama setelah menunggu lebih kurang 3 tahun.
Aku menyambung tidur kerana perut ini terasa kurang selesa. Sekejap-sekejap aku bangun untuk kencing. Emak yang melihat perubahanku menanyakan adakah masaku untuk bersalin sudah tiba tetapi aku menidakkannya kerana ‘due date’ aku masih tinggal lagi 2 minggu.Emak terdiam dan meneruskan kerjanya.
Lebih kurang jam 9 pagi, perut aku terasa sedikit memulas. Sekali lagi aku ke bilik air untuk melepaskan hajat tetapi tidak berhasil. Keadaanku itu menyebabkan emak semakin bimbang dan menyuruhku pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Aku tidak membantah kerana kebetulan suami Kak Nah juga ingin pergi ke HKB untuk membuat pemeriksaan kakinya. Setelah berkemas, kami bertolak ke KB menaiki kereta Kak Nah.
Sesampainya di HKB, aku mendaftar diri di Pusat Bersalin. Aku dikejutkan dengan satu berita yang menyatakan aku terkena darah tinggi. Aku seakan tidak percaya kerana baru tiga hari lepas, aku menjalani pemeriksaan kandungan di Klinik Salor, dimana darahku masih lagi stabil. ‘Nurse’ yang merawatku mengesahkannya lalu menyuruhku berbaring di atas katil untuk diperiksa oleh doktor bertugas. Setelah diperiksa, Doktor Syed cuba menyuntik jarum ke lenganku untuk memudahkan urusan memasukkan air, namun tidak berjaya. Akhirnya beliau menyuruhku berehat di dalam wad sementara menunggu saat bersalin sampai.
Di dalam wad, aku ditemani ibu tersayang. Aku merasa sedikit gementar apabila melihat pelbagai ragam wanita yang hampir bersalin. Ada yang terpaksa berjalan ke sana sini untuk menghilangkan kesakitan, tidak kurang pula yang berkerut-kerut kening menahan kesakitan sementara menunggu dimasukkan ke wad bersalin.Aku pula bersembang dengan ibu kerana diri ini masih tidak merasa apa-apa kesakitan. Ibu pula menyuruhku meminum air bunga kembang semangkuk untuk menudahkan proses bersalin nanti.
Besoknya, aku dikejutkan oleh ibu untuk bersahur kerana menurutnya aku masih wajib berpuasa kerana belum masanya untuk bersalin. Tepat jam 7.00 pagi, ‘nurse’ memanggilku untuk memeriksa kandunganku. Setelah diperiksa, doktor menyarankan supaya aku di ‘induce’ untuk menyelamatkan kandungan yang mungkin berisiko nanti. Dengan hati yang tenang, aku menerima cadangan tersebut walaupun ibu merasa berat hati dengan keputusanku itu kerana menurutnya, suamiku belum sampai dari KL kerana baru berlepas dari ‘airport’ Subang. Lagipun, setahunya, cara tersebut amat menyakitkan.
Tepat jam 7.30 pagi, aku dimasukkan ke wad bersalin. Selama dua jam di dalam wad itu, aku terkebil-kebil seorang diri kerana perutku masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan.Apa yang aku dengar hanyalah jeritan demi jeritan wanita-wanita yang ingin melahirkan.Ini membuatkan jantungku berdegup semakin kencang mungkinkah nasibku sama seperti mereka. Tiba-tiba seorang doktor datang lalu memecahkan ketubanku serta mengurut-ngurut untuk mengeluarkan air dari dalam perutku. Saat itu aku merasakan bahawa masaku untuk bersalin telah tiba. Dengan tidak semena-mena perutku terasa begitu sakit. Aku ingat itulah masanya untuk aku melahirkan tetapi tidak semudah yang disangka. Kesakitan menyebabkan aku diberi suntikan untuk mengurangkannya kerana menurut ‘nurse’, “jalan” masih belum terbuka dan aku mungkin akan bersalin malam nanti. Ya Allah, aku terkejut dengan kenyataan tersebut kerana perutku memulas-mulas tanpa henti.
Jam di dinding bergerak tanpa henti. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Beberapa kali ‘nurse’ datang melihat keadaanku tetapi mereka mengatakan masa untukku bersalin masih belum tiba. Aku terus berdoa serta membaca ayat-ayat yang biasa aku baca sepanjang proses kehamilan bagi memudahkan kelahiran nanti. Azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Semua ‘nurse’ yang bertugas pergi ke bilik makan untuk berbuka puasa. Aku berasa ingin membuang air besar lalu pergi ke tandas, walaupun sebelum itu, para pesakit sudah diingatkan agar tidak pergi ke tandas seorang diri. Setelah beredar dari tandas, darah keluar dengan banyaknya. Dengan susah payah,aku segera naik ke atas katil lalu memanggil ‘nurse’ yang kebetulan melalui tempat tersebut. Aku berjaya melahirkan cahaya mataku yang pertama, tepat jam 7.30 malam pada 25 Disember 1998, iaitu 12 hari awal daripada tarikh sebenar jangkaan. Hati ini terasa sangat gembira dengan kedatangan “orang baru” bersempena sambutan Hari X’mas itu. ‘Nurse’ segera mengangkat bayi lalu mengunjukkannya kepadaku sambil bertanyakan jantina anakku. Aku tersenyum lalu mengatakan ‘perempuan’.
Aku ditolak semula ke wad pada jam 11.30 malam. Suami dan kaum keluargaku sangat bimbang kerana terlalu lama aku berada di dalam wad bersalin, kalau-kalau sesuatu yang tidak baik berlaku… Kemunculanku bersama bayi baru seberat 2.75kg membuahkan senyuman di muka suamiku, ibu, abang dan adik-adikku yang telah lama menunggu di luar wad tersebut.
Akhirnya, kisah kelahiran NURYN WARDYNA BT. HALIM ANUAR berjaya aku coretkan di sini untuk ingatan ZURIATKU semua. ALHAMDULILLAH,AMIN.