Laman Che Saniah & Halim Anuar
Perananku... sebagai hamba ALLAH.. umat Muhammad..anak..isteri.. ibu..adik..kakak..sahabat.. dan guru yang baik serta cemerlang dengan kehendakNya... Insyaallah
Tuesday, July 17, 2012
Saje Kongsi Citer
semasa kat dataran perhimpunan, penceramah BM2 (Pn.Zuraidah Adam) sampai utk Kem Teknik Menjawab STPM..pinjam LCD, suruh pljr pasang kat Bilik Seminar..selepas v ucapan aluan, tinggalkn pljr bersama penceramah (dptkn info sebanyk mungkin ya anak2...)
B'fast kejap, naik opis..print out RP harian..
Tolong PK Ko buat senarai tugas utk Sambutan Atlet SUKMA..print & copy utk setiap ajk..
Kol 10.30, naik ke B.Seminar -amik gambar bebudak utk dokumentasi
then entertain Pn.Zu mkn kat kantin..
Ma ngasuh tepon kasut skoloh kakak tertinggal..balik amik kasut!
Kol 1.00 bwk pljr2 ke tempat sambutan -tepi Jln Besar Paka
Kol 1.45, terpaksa balik skoloh smula coz ade miting JKS pulok - tinggalkn pljr bersama guru2 lain
solat zohor then Kol 2++ miting JKS
Kol 2.30 amik pljr smula balik ke skoloh
Tgh miting, Kakak pulok tepon mitak ator berus gigi+bekas - kuar lagi!
Abih miting kol 5.45 petanggg...
Balik je umoh, mandi, solat dan..alarm pon bbunyi; amik kakak!!!
capai helmet, stat moto...amik anak bosu
Tuesday, July 10, 2012
Sunday, May 13, 2012
selamat hari ibu...
seperti biasa, siap je solat subuh, mama akan kejutkan along..
buka je pintu bilik, mama hampir terpijak h aperatu...gelap!
mama terus buka lampu...nampak apa taw!
ni die! |
emmm...bile mase la anak2 ni buat?!!
anyway, mama cukup tersentuh nengokkan hasil karya anak2...ingat jugak kat mama...sayang jugak rupanya...sayuuuuu sangat!
kat nota tu, tertulis, 'mama mesti pakai'...so, untuk tidak menghampakan hati anak2, mama pom pakai la...
gini la jadinyer...
hehe...dok dapek jadi juara miss m'sia, jadi 'ratu' untuk anak2 laaaagi ok...
Friday, May 11, 2012
Pergimu Tak Kembali
ayah dimasukkan ke hospital secara paksa, kerana kalau diikutkannya...memang tak nak!
hampir seminggu ayah di hospital, kami ulang alik pegi sana...semua adik beradik gilir2 jaga ayah, melainkan abang su sorang, coz pd masa tu die bekerja kat singapura...dan memang ayah menantikan 'pouch' yg abang su doh siap beli kat sana utk kemudahan ayah berjaja ikan nanti...
ayah dibenarkan balik...gembiranya bukan kepalang,sementelah aku yg bakal menduduki peperiksaan stpm! hilang sedikit resah gelisah di hati ini kerana pada sangkaanku ayah telah sembuh!
di rumah, ayah dikunjungi sahabat handai, rakan taulan, dan sedara mara yg tidak sempat ke hospital dulu...aku senyum, apatah melihat ayah yg ceria melayan tamu...tapi 2, 3 hari je...selepas itu, ayah kembali sakit,tapi tetap tak nak kembali ke hospital...sememangnya mek tak cakap yg pihak hospital suruh bawa ayah balik, kanser yang bersarang dihati ayah sudah kronik!
masih ku ingat, petang khamis itu, aku baru pulang dari sekolah (jam 3pm br sampai rumah setiap hari),dan sedang menyidai kain di ampaian,mek memanggilku...doh la sidai kain tu kak, mari naik tengok ayah ni! terus aku tinggalkan kain yg masih berbaki di dalam baldi..
naik jer atas rumah, ku lihat abe ha sedang menolong ayah berwuduk utk solat asar..ayah solat sambil baring,bersandarkan tiang seri rumah...
kami adik beradik tidak leka...membaca surah yasin utk ayah,agar cepat sembuh...tetapi ternyata masa ayah sudah sampai untuk dijemput menghadapNya...saat aku bacakan surah yasin buat kali kedua, ayah 'pergi' dengan tenang...tersenyum...dikelilingi anak2mu...dan sudah semestinya isterimu yang tetap setia, mek...
malam itu, sesudah berbuka puasa, kami uruskan jenazah ayah...terpaksa disolatkan 2 kali kerana terlalu ramai yg ingin menyembahyangkanmu ayah...buat kali terakhir...abe su dr singapura sempat juga menatap wajah ayah..
dan aku ...3 minggu lagi untukku membuat persediaan menghadapi peperiksaan...camne ni?
perasaan sedih masih menyelubungiku...tetap kugagahi!!
akhirnya...kejayaan 5 prinsipal membolehkanku memasuki UM...impian ayah!!
-
Wednesday, May 9, 2012
Kenali anak - anak kesayangan
Nuryn Wardyna, Haqeem Najhan dan Nuryn Mastura
Nuryn wardyna
Aku bangun seperti biasa untuk bersahur apabila dikejutkan oleh emak. Dengan perut yang memboyot, aku pergi ke bilik air untuk memberus gigi dan membasuh muka. Suamiku pula tiada di rumah kerana masih menjalankan tugasnya di KLIA. Aku pula pulang lebih awal ke kampung untuk bersalin tambahan pula cuti sekolah. Selepas itu aku makan sahur bersama emak, adik-adikku, I’ah dan adik Ama serta Kak Nah dan suaminya. Perut ini rasa kurang berselera untuk menjamah hidangan pada pagi yang dingin itu.
Sementara menantikan waktu subuh, aku membaca al-quran lalu menunaikan solat setelah selesai azan yang berkumandang. Aku bermohon agar Allah memanjangkan umur kami semua selain berdoa agar kandunganku sihat dan selamat dilahirkan, apatah lagi ini merupakan bakal zuriatku yang pertama setelah menunggu lebih kurang 3 tahun.
Aku menyambung tidur kerana perut ini terasa kurang selesa. Sekejap-sekejap aku bangun untuk kencing. Emak yang melihat perubahanku menanyakan adakah masaku untuk bersalin sudah tiba tetapi aku menidakkannya kerana ‘due date’ aku masih tinggal lagi 2 minggu.Emak terdiam dan meneruskan kerjanya.
Lebih kurang jam 9 pagi, perut aku terasa sedikit memulas. Sekali lagi aku ke bilik air untuk melepaskan hajat tetapi tidak berhasil. Keadaanku itu menyebabkan emak semakin bimbang dan menyuruhku pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Aku tidak membantah kerana kebetulan suami Kak Nah juga ingin pergi ke HKB untuk membuat pemeriksaan kakinya. Setelah berkemas, kami bertolak ke KB menaiki kereta Kak Nah.
Sesampainya di HKB, aku mendaftar diri di Pusat Bersalin. Aku dikejutkan dengan satu berita yang menyatakan aku terkena darah tinggi. Aku seakan tidak percaya kerana baru tiga hari lepas, aku menjalani pemeriksaan kandungan di Klinik Salor, dimana darahku masih lagi stabil. ‘Nurse’ yang merawatku mengesahkannya lalu menyuruhku berbaring di atas katil untuk diperiksa oleh doktor bertugas. Setelah diperiksa, Doktor Syed cuba menyuntik jarum ke lenganku untuk memudahkan urusan memasukkan air, namun tidak berjaya. Akhirnya beliau menyuruhku berehat di dalam wad sementara menunggu saat bersalin sampai.
Di dalam wad, aku ditemani ibu tersayang. Aku merasa sedikit gementar apabila melihat pelbagai ragam wanita yang hampir bersalin. Ada yang terpaksa berjalan ke sana sini untuk menghilangkan kesakitan, tidak kurang pula yang berkerut-kerut kening menahan kesakitan sementara menunggu dimasukkan ke wad bersalin.Aku pula bersembang dengan ibu kerana diri ini masih tidak merasa apa-apa kesakitan. Ibu pula menyuruhku meminum air bunga kembang semangkuk untuk menudahkan proses bersalin nanti.
Besoknya, aku dikejutkan oleh ibu untuk bersahur kerana menurutnya aku masih wajib berpuasa kerana belum masanya untuk bersalin. Tepat jam 7.00 pagi, ‘nurse’ memanggilku untuk memeriksa kandunganku. Setelah diperiksa, doktor menyarankan supaya aku di ‘induce’ untuk menyelamatkan kandungan yang mungkin berisiko nanti. Dengan hati yang tenang, aku menerima cadangan tersebut walaupun ibu merasa berat hati dengan keputusanku itu kerana menurutnya, suamiku belum sampai dari KL kerana baru berlepas dari ‘airport’ Subang. Lagipun, setahunya, cara tersebut amat menyakitkan.
Tepat jam 7.30 pagi, aku dimasukkan ke wad bersalin. Selama dua jam di dalam wad itu, aku terkebil-kebil seorang diri kerana perutku masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan.Apa yang aku dengar hanyalah jeritan demi jeritan wanita-wanita yang ingin melahirkan.Ini membuatkan jantungku berdegup semakin kencang mungkinkah nasibku sama seperti mereka. Tiba-tiba seorang doktor datang lalu memecahkan ketubanku serta mengurut-ngurut untuk mengeluarkan air dari dalam perutku. Saat itu aku merasakan bahawa masaku untuk bersalin telah tiba. Dengan tidak semena-mena perutku terasa begitu sakit. Aku ingat itulah masanya untuk aku melahirkan tetapi tidak semudah yang disangka. Kesakitan menyebabkan aku diberi suntikan untuk mengurangkannya kerana menurut ‘nurse’, “jalan” masih belum terbuka dan aku mungkin akan bersalin malam nanti. Ya Allah, aku terkejut dengan kenyataan tersebut kerana perutku memulas-mulas tanpa henti.
Jam di dinding bergerak tanpa henti. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Beberapa kali ‘nurse’ datang melihat keadaanku tetapi mereka mengatakan masa untukku bersalin masih belum tiba. Aku terus berdoa serta membaca ayat-ayat yang biasa aku baca sepanjang proses kehamilan bagi memudahkan kelahiran nanti. Azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Semua ‘nurse’ yang bertugas pergi ke bilik makan untuk berbuka puasa. Aku berasa ingin membuang air besar lalu pergi ke tandas, walaupun sebelum itu, para pesakit sudah diingatkan agar tidak pergi ke tandas seorang diri. Setelah beredar dari tandas, darah keluar dengan banyaknya. Dengan susah payah,aku segera naik ke atas katil lalu memanggil ‘nurse’ yang kebetulan melalui tempat tersebut. Aku berjaya melahirkan cahaya mataku yang pertama, tepat jam 7.30 malam pada 25 Disember 1998, iaitu 12 hari awal daripada tarikh sebenar jangkaan. Hati ini terasa sangat gembira dengan kedatangan “orang baru” bersempena sambutan Hari X’mas itu. ‘Nurse’ segera mengangkat bayi lalu mengunjukkannya kepadaku sambil bertanyakan jantina anakku. Aku tersenyum lalu mengatakan ‘perempuan’.
Aku ditolak semula ke wad pada jam 11.30 malam. Suami dan kaum keluargaku sangat bimbang kerana terlalu lama aku berada di dalam wad bersalin, kalau-kalau sesuatu yang tidak baik berlaku… Kemunculanku bersama bayi baru seberat 2.75kg membuahkan senyuman di muka suamiku, ibu, abang dan adik-adikku yang telah lama menunggu di luar wad tersebut.
Akhirnya, kisah kelahiran NURYN WARDYNA BT. HALIM ANUAR berjaya aku coretkan di sini untuk ingatan ZURIATKU semua. ALHAMDULILLAH,AMIN.